welcome to our viewers (personafedora.blogspot.com)

Tuesday, July 24, 2007

KEBEBASAN


KEBEBASAN sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.


Kehidupan remaja yang sebegini amat dibimbangi. Remaja adalah harapan segalanya, harapan bangsa, agama dan negara. Baik remaja cemerlanglah masa depan negara, rosak mereka kelamlah masa depan.


Bebas dalam pergaulan amat dibimbangi. Lelaki perempuan jika sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat.

Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal. Islam dengan lengkap menunjukkan jalan dan batasnya.

Tulisan kali ini berkisar mengenai bahaya zina yang berleluasa akibat hidup tanpa batas. Cinta tanpa batas dan pergaulan tanpa batas.

Memang segala yang melampau batas akibatnya amat tercela. Berzina seakan-akan wabak menyerang minda sesetengah remaja yang menganggap ini soal peribadi.

Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga. Itu salah!!!. Kubur kita orang lain yang gali. Kadang-kadang kubur orang lain kita yang gali.
Zina ertinya melakukan hubungan kelamin tanpa hubungan perkahwinan yang sah. Hukumnya adalah dosa besar dan menurut perundangan Islam disebat sebanyak seratus rotan kalau penzina itu belum berkahwin manakala hukum rejam sampai mati dikenakan kepada pasangan yang telah berkahwin.

Hukuman ini berkuat kuasa walaupun pasangan penzina ini melakukannya hanya sekali. Dalam kitab Zabur diceritakan orang yang berzina, kelak kemaluannya akan digantung di dalam api neraka, dipukul dengan rantai daripada besi.

Dalam riwayat ada juga menyebutkan kemaluan orang yang berzina akan dibakar dengan api dalam keadaan bernanah dan berapi, malah akan dibesarkan kemaluannya sama ada lelaki atau perempuan sehingga sebesar bukit Uhud.

Minta Allah lindungkan kita dan untuk maklumat, bukit Uhud panjangnya sejauh sembilan kilometer. Yang mesti dihindari bukan saja berzina tetapi juga sebab-sebab yang membawa kepada perzinaan.

Islam satu agama yang amat releven dan penuh idea bukan hanya menumpukan isu rawatan tetapi terlebih dulu memberikan idea pencegahan. Semua tahu mencegah lebih baik daripada merawat.

Dalam hal ini Allah sebagai Tuhan yang amat mengetahui menyebut dalam al-Quran: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat menjijikkan dan jalan yang sangat jelek.”

Berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram adalah haram. Di dalam kereta berdua-duaan, di dalam rumah berdua-duaan, menaiki motor apa lagi saling merapat-rapat lagi haram.

Dalam satu hadis melaporkan, apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan berbondong-bondonglah tentera iblis mengerumuni untuk menggoda supaya melakukan maksiat.

Bagi memahami dengan lebih jelas lagi berlakunya zina akibat berdua-duaan mari kita melihat satu hadis nabi yang bermaksud: “Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata) telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap) zina tangan (berpegangan) zina kaki (melangkah pergi jumpa) zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.

Apabila nafsu sudah ditawan syaitan al-maluun manusia menjadi bodoh dan dungu. Akal sudah tidak berfungsi lagi malah pada waktu itu kadangkala suara iman sudah tidak menasihati lagi. Jika terdetik berdosa akan ‘diterjah’ dan akhirnya iman terkeluar dan tercampak ibarat kereta yang tidak dapat dikawal lagi terus terbabas

Kelebihan Surah Yasin


Surah Yasin satu daripada surah yang dimulakan dengan huruf abjad dan dinamakan dengan demikian kerana ia dimulakan dengan lafaz Yasin, termasuk dalam surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah surah al-Jin dengan 83 ayat. Ada pendapat mengatakan ia mengandungi 82 ayat.

Amalan membaca surah Yasin mempunyai banyak kelebihan, sebagaimana diterangkan melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Imam al-A’jiri menyebut satu riwayat dari Ummul Darda, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Mana-mana mayat yang dibacakan padanya surah Yasin, nescaya Allah akan mempermudahkan kematiannya.”

Abu Hurairah meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang membacakan surah Yasin pada satu malam bertujuan mencari keredaan Allah nescaya Allah akan mengampunkannya pada malam berkenaan.”

Anas bin Malik meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Setiap sesuatu mempunyai hati, hati al-Quran adalah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah akan menulis pahala membaca al-Quran baginya sebanyak 10 kali.”

Imam al-Sya’labi menyebutkan satu riwayat dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat nescaya dia akan diampunkan Allah.”

“Terdapat beberapa hadis menunjukkan kelebihan membaca surah tertentu di dalam al-Quran sebagaimana diisyaratkan Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyadh al-Solihin,” kata Zamihan.

Dalil umum ini menggalakkan umat Islam membaca mana-mana surah di dalam al-Quran. Ia turut merangkumi surah Yasin memandangkan ia satu surah di dalam al-Quran.

Surah ini mempunyai banyak intipati yang sepatutnya direnung dan dihayati di samping membacanya, seperti kritikan dan penjelasan sikap kaum musyrikin (ayat 7 -12, 60-68), iaitu menggesa kita mengikis hati dari sifat keji.

Turut diceritakan bukti kewujudan hari berbangkit (ayat 31-54), perbincangan mengenai ilmu, rahmat dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas (ayat 71-83) dan sifat syurga yang disediakan untuk orang beriman (ayat 55-59).

“Selepas kita memahami dan menyedari kedudukan al-Quran, kandungan surah Yasin, tuntutan, galakan dan kelebihannya, kita perlulah membina penghayatan yang mantap dalam diri kita.

Saturday, July 21, 2007

Izi Yahya.. Al-Fatihah

Actor Izi Yahya Dies After Fall During Shooting

Izi Yahya JOHOR BAHARU, June 25 (Bernama) -- Actor Izi Yahya, known for villain roles in films, died at the Sultanah Aminah Hospital here today without regaining consciousness after a fall during the shooting of a documentary on Saturday. He was 42.

His father, Yahya Mat Samah, 77, said Izi fell and lost consciousness during the shooting of a documentary entitled "Darurat" (Emergency) on Saturday and was rushed to a clinic in Mantin (Negeri Sembilan) and then referred to the Seremban Hospital. He said Izi required immediate surgery for brain haemorrhage and had to be rushed to the Sultanah Aminah Hospital here when it was learnt that there were no specialists to attend to him at the Seremban Hospital as well as the Kuala Lumpur, Selayang and Sungai Buloh hospitals and the Universiti Malaya Medical Centre. "However, the surgery could not be done because Izi was in a coma, and he died without regaining consciousness," Yahya told reporters when met at the hospital where he had come to claim his son's body. Yahya said Izi, the fourth of six siblings, also had heart problems and had undergone surgery in the 1980s.

Izi leaves a wife, Suraya Abdullah, in her 30s, and a son, Mohd Zizi, eight. His career as an actor began when he attended a photography course at the National Youth Skills Institute in Pertak, Selangor. He starred as "Jef" in his first film "Ali Setan". His role as a villain was most prominent in the film "Embun" in which he acted as "Akaishi", a Japanese soldier. The role won him the Best Supporting Actor award at the 16th Malaysian Film Festival in 2003. Izi's remains were taken to his family home in Datuk Keramat, Kuala Lumpur, for burial at the Ulu Klang Muslim cemetery.

Thursday, July 19, 2007


ENAM PERSOALAN HIDUP

Oleh : Al-Ghazali



Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya,

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )


2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang
paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A’araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."
( Surah Al Ahzaab 72 )


Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di
dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Monday, July 16, 2007

MUZIK: DARI MUBAH KEPADA HARAM

Imam al Ghazali ada menyebutkan lima faktor yang menyebabkan berpindahnya hukum mendengar muzik/nyanyian daripada mubah kepada haram. Diantaranya ialah:


Penyanyi:
Jika penyanyi adalah seorang wanita yang tidak halal bagi orang ramai untuk melihatnya dan dikhuatiri akan timbul fitnah dari mendengarkan nyanyiannya. Maka punca pergharamannya adalah kekhuatiran akan timbulnya fitnah, bukan sebab menikmati nyanyian itu sendiri. Al Ghazali sendiri berpendapat bahawa pengharaman disini adalah akibat kekhuatiran akan timbulnya fitnah. Beliau memperkuat pendapatnya itu dengan hadith tentang dua orang wanita di rumah 'Aisyah. diketahui bahawa Rasulullah saw. ada mendengar suara(nyanyian) mereka berdua dan baginda tidak menghindar diri daripada mendengarnya. Tentu sahaja tidak ada sebarang kekhuatiran akan terjatuhnya baginda ke dalam fitnah, kerana itu baginda tidak menghindarkan diri daripadanya.


Alat muzik:
Sebahagian alat muzik menjadi simbol kepada kaum pemabuk atau merupakan lambang sesetengah kaum pondan. Alat-alat tersebut ialah seruling, alat petik, dan gendang lesung. Tiga jenis alat muzik ini adalah terlarang. Selain daripada tiga jenis itu seperti kompang, memakai gerincing atau tidak , tabla , memukul batang-batang besi dan lain-lain adalah mubah.


Senikata:
Iaitu jika terdapat di dalamnya kata-kata yang bersifat keji, maksiat, penghinaan, atau sebarang kata yang bersifat mendustakan Allah Ta'ala, Rasul dan para sahabat, seperti senikata dalam sajak-sajak yang di karang oleh golongan syiah yang isinya menghina para sahabat r.a. Maka mendengar lagu atau sajak seperti ini hukumnya haram, dan orang yang mendengar berkongsi dosa dengan orang yang menyanyikan atau mengucapkannya. Begitu juga jika terdapat didalam senikata tentang seorang want tertentu. Tidak boleh seorang wanita disebut-sebut di hadapan kaum lelaki. Adapun puisi-puisi cinta yang menyebutkan tentang pipi, warna kulit, serta sifat-sifat wanita secara am, pendapat yang sohih adalah: tidak diharamkan mengucapkan dan menyanyikannya. Tetapi para pendengar dilarang untuk menghubungkannya dengan seorang wanita yang tidak halal baginya maka dia telah jatuh ke dalam kemaksiatan disebabkan perbuatan menghubung-hubungkan itu.


Pendengar:1 :
Mereka yang dikuasai oleh nafsu syahwat dan gejolak darah muda. Mendengar muzik dalam keadaan tersebut adalah haram baginya, sama ada dia telah dirasuki kesukaan terhadap seorang wanita ataupun tidak. Dalam keadaan bagaimanapun jika dia mendengarkan senikata yang menggambarkan keindahan pipi dan alis mata, atau menceritakan tentang perpisahan dan pertemuan maka syahwatnya bergejolak dan diapun mulalah mengkhayalkan seorang wanita tertentu. Kemudian syaitan akan datang untuk meniup api yang sedang berkobar di dalam hatinya itu. Maka berkobarlah api syahwat dalam dirinya dan timbullah dorongan untuk berbuat kejahatan.


Pendengar 2:
iaitu kalangan awam yang tidak kuat kecintaannya kepada Allah Ta'ala, tetapi dia sangat suka mendengarkan muzik meskipun tidak dikuasai oleh hawa nafsu. Maka mendengar muzik bagi golongan ini adalah terlarang. Pada dasarnya muzik adalah mubah seperti layaknya sebahagian hiburan yang lain. Tetapi jika seseorang menjadikannya sebagai satu adat dan kebiasaan serta menghabiskan hampir semua masanya untuk muzik, maka inilah perbuatan yang bodoh yang harus di kembalikan kepada kefahaman syahadah dan tuntunannya. Terleka dan terlena dalam bermain-main adalah jenayah. Begitu pula dosa kecil, jika dilakukan secara terang-terangan dan berterusan akan berubah menjadi dosa besar dan perkara-perkara mubah yang dilakukan secara terus-menerus pula dapat berubah menjadi dosa kecil.


Di dalam perbahasan di atas Imam al Ghazali mengatakan bahawa alat petik dan seruling merupakan alat-alat yang dapat merubah hukum mubah kepada haram. Pendapat beliau itu adalah bersandarkan kepada sumber syarak yang mengharamkannya. Beliau berijtihad mencari alasan pengharaman itu dan berjaya mentafsirkan dan menerangkannya dengan sebaik-baiknya. Beliau menyimpulkan bahawa syari'at mengharamkan alat-alat muzik di atas bukan kerana kelazatan dan kenikmatan yang dihasilkan. Jika punca pengharaman adalah kenikmatan nescaya haram pulalah seluruh kenikmatan lainnya yang dirasakan oleh manusia. Pengharaman khamar menuntut usaha keras untuk memisahkan manusia dari ketagih. Dimulakan dengan memecahkan botol-botol khamar dan dengan pengharaman setiap perkara yang menjadi lambang kepada kaum peminum, iaitu seruling dari alat muzik petik. Maka pengharaman alat muzik ini adalah disebabkan kerana ia sentiasa mengikut kebiasaan peminum khamar. Demikian pulalah sebab diharamkannya berkhalwat dengan wanita yang bukan muhrim kerana ia merupakan permulaan yang dapat mengheret kepada jenayah.


Pengharaman terhadap beberapa dosa besar membuat diharamkan pula beberapa perkara yang menjadi punca berlakunya dosa tersebut. Tujuannya adalah untuk menjaga dan memelihara manusia agar tidak terjatuh di dalam mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Maka seruling dan alat petik diharamkan mengikut kepada pengharaman khamar kerana tiga sebab:


Pertama:
Ia membawa seorang kepada meminum khamar, kenikmatan yang dihasilkan oleh alat muzik tersebut dirasakan tidak sempurna tanpa meminum khamar.


Kedua:
Hubungannya dengan budaya minum khamar sangat kuat sehingga dengan serta merta ia mengingatkan kita akan majlis-majlis khamar. Ingatan terhadap khamar dapat menimbulkan ghairah seseorang kepada khamar.


Ketiga:
Berjinak-jinak dengan adat dan kebiasaan kaum yang fasik. Adalah terlarang bagi seorang muslim untuk meniru-niru (tashabbuh) kebiasaan mereka, sebab sesiapa yang meniru-niru satu kaum maka dia tergolong kedalamnya.


Selepas ulasan dan perbahasan yang menarik ini Imam al Ghazali berkata "Dengan demikian jelaslah bagi kita bahwa sebab pengharaman alat-alat muzik itu (seruling dan alat petik) bukanlah kerana kenikmatan yang dihasilkannya. Bahkan setiap perkara yang baik dan bagus itu dapat dikiaskan sebagai halal, kecuali jika terdapat di dalamnya sebarang kerosakannya.


Allah swt. berfirman: Terjemahannya:

Katakanlah "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah di keluarkan Nya untuk hamba Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?....(surah al Araaf: 32)



Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Imam al Ghazali. Sebenarnya tidak ada satu hadis pun yang sahih sanadnya dan jelas dan jelas matannya mengharamkan alat muzik dan seruling seperti yang disangkakan oleh orang ramai. Imam Ghazali r.a. menganggap bahawa hadis yang berkenaan dengan perkara ini adalah hadis yang dapat diterima pakai. Oleh sebab itu, beliau terpaksa menafsirkan dan menjelaskannya dengan alasan-alasan seperti di atas. Jika beliau mengetahui sanad-sanad periwayatan hadis tersebut tentunya beliau tidak perlu bersusah payah mengemukakan penjelasan itu. Walau bagaimana pun hujah dan alasan yang di kemukakan itu cukup bermanfaat bagi mereka yang tidak menerima kelemahan hadis berkenaan isu in

Friday, July 13, 2007

Suatu pandangan..




CINTA: SUATU PANDANGAN Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya.
Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang bersyariatkan islam.
Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Oleh itu, bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam ?
Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating.
Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.
Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.
Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa rasa rindu yang amat sangat? Sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah.
Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman . Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan. Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan.
Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya, ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden.
Jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa. Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga.
Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata. Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya.
Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta. Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang beriman.
Tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apaapa kerana tiada asas malu. Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman, perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut.
Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. Mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk dicintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.
Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka.
Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan. Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?
Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah sekali dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala" Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah "Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.
Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga. Berkata Imam Nawawi:
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Wednesday, July 11, 2007

Azab..


Apabila Umat Melakukan 15 Perkara...
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7.Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu)."

World Population Day 07

mungkin ramai antara kita yang tidak perasan, hari ini 11 julai, merupakan Hari Populasi Dunia.seperti yang semua maklum, populasi dunia meningkat secara dramatik dalam abad ke 20 .sejak 1960, populasi manusia telah meningkat 2 kali ganda daripada sebelumnya.hari ini, dianggarkan kira-kira 6.1 billion manusia sedang berjalan di atas muka bumi.para penyelidik menjangkakan populasi akan terus meningkat sehingga mencecah 9 billion penduduk pada tahun 2050.namun, di sebalik peningkatan populasi manusia dan masalah kesihatan akibat daripada peningkatan ini...500,000 wanita meninggal dunia akibat komplikasi yang dihadapi semasa bersalin.saya rasa..program perancangan keluarga perlu perluas di peringkat antarabangsa agar dapat memperlahankan peningkatan populasi di samping menjamin kesihatan.ada satu laman web yang saya ingin kongsi bersama pembaca personafedora, www.overpopulation.org. silalah berkongsi komen anda dengan kami di sini.

Tuesday, July 10, 2007


5 WASIAT DARIPADA ALLAH
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya : -Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. -Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. -Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga. -Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka. -Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail. Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu : -Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya. -Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya. -Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. -Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. -Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya. -Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya. -Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Saturday, July 7, 2007


Wanita Solehah


Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya , Kemanisan wanita solehah , tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu , Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah , Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama. Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek , Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai. Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran , Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman , Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai , Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu , Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu. Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada . Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama. "Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Tuesday, July 3, 2007

Tanda Qiamat..


Tanda-tanda kiamat

Telah dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.

Tanda-tanda menurut dalil

Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
Hadis Nabi

Bermaharajalela alat muzik
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah;"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
Hadis Nabi
Ramai orang soleh meninggal dunia
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

Orang hina mendapat kedudukan terhormat
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Bulan sabit kelihatan besar
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
-hadis bawah-
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
"Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari

Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
"Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
-hadis bawah-

Berkurangnya sifat amanah
-hadis bawah-

Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
-hadis bawah-

Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
-hadis bawah-

Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
-hadis bawah-

Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
-hadis bawah-

Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
-hadis bawah-

Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

Anggota polis semaki ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
-hadis bawah-

Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
-hadis bawah-

Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
-hadis bawah-

Memandang rendah kepada darah
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad

Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
"Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
"Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah

Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari & Muslim

Banyaknya berlaku gempa bumi
-hadis bawah-

Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
-hadis bawah-

Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari
Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
-hadis bawah-

Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
"Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.

Monday, July 2, 2007

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)
Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Puasa dan Pengertiannya


Puasa secara amnya boleh diertikan sebagai menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu.

Puasa Agama Islam
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ibadah puasa umat Islam, lihat Ibadat puasa
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Puasa Agama Lain
Amalan berpuasa tidak terhad kepada orang Islam sahaja. Penganut-penganut agama lain turut berpuasa, sebagai contoh agama Hindu, Kristian dan Yahudi. Apa yang membezakan puasa-puasa ini ialah cara perlaksanaan dan juga waktu berpuasa. Namun, tujuan dan matlamat puasa adalah sama, iaitu mendekatkan diri dengan Tuhan.

Puasa dan Kesihatan
Ramai juga orang di zaman moden ini yang berpuasa atas sebab-sebab kesihatan, sama ada untuk menjalani pemeriksaan/pembedahan atau untuk menyihatkan badan.
Satu contoh yang utama ialah apabila pesakit dikehendaki berpuasa selama beberapa jam sebelum menjalani pembedahan atau prosedur-prosedur yang memerlukan penggunaan ubat bius. Ini kerana makanan di dalam perut boleh mengurangkan keberkesanan ubat bius itu. Satu lagi contoh ialah apabila menjalani sesetengah pemeriksaan kesihatan, biasanya kita akan diminta berpuasa supaya garis dasar (baseline) dapat dikenal pasti.
Ada juga orang yang berpuasa sebagai salah satu cara berdiet. Biasanya mereka perlu berpuasa agak lama, sekurang-kurangnya seminggu sebelum ia berkesan. Namun, mereka mungkin masih mengambil makanan sihat, seperti jus buah-buahan ataupun sayur-sayuran.
Sebuah kajian yang agak baru ke atas tikus mendapati bahawa berpuasa selang sehari, dan memakan dua kali ganda lebih banyak pada hari-hari tidak berpuasa memberikan kawalan insulin yang lebih baik dan ketahanan neuron daripada kecederaan. Kesan-kesan ini hampir sama dengan tikus-tikus yang diberi diet kalori terhad. Ini mungkin bermakna berpuasa selang sehari merupakan satu alternatif kepada pengehadan kalori untuk hidup yang lebih sihat dan lama.
Ini adalah kerana badan manusia menggunakan lebih kurang satu pertiga keseluruhan tenaga semasa masa jaga. Apabila badan sentiasa menggunakan tenaga tetapi tiada makanan yang diambil, badan manusia akan mencari sumber tenaga yang lain, seperti glukosa daripada simpanan glikogen di dalam limpa, asid lemak daripada lapisan lemak yang disimpan, dan akhirnya daripada tisu-tisu protein yang penting. Badan manusia tidak mempunyai masalah untuk bergantung dengan asid lemak, tetapi otak dan sistem saraf bergantung kepada glukosa. Apabila simpanan glukosa ini telah hampir habis, badan manusia mula menghasilkan ketone bodies (acetoactate, hydroxy-butyrate, and acetone) daripada protein. Kehabisan sumber protein ini boleh menyebabkan kematian. Jadi, para doktor amat menggalakkan pemakanan yang berkhasiat sahaja apabila hendak berpuasa.
Selain itu, terdapat beberapa lagi kebaikan berpuasa untuk kesihatan, seperti:
memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan
menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia
mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok
Hasilnya, kesihatan manusia akan bertambah baik. Berat badan dan risiko-risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan, dan umur seseorang itu boleh bertambah panjang.

Zakat & Pengertianya..


Zakat

Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.
Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.
Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:


Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhaammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui


Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Syarat wajib zakat
Islam
Merdeka
Milik sempurna
Cukup nisab
Cukup haul (genap setahun)

Jenis zakat
Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Zakat Ffitrah
Zakat harta

Zakat fitrah
Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja dan sebelum solat sunat Aidilfitri.

Zakat harta
Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ianya bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita, ianya hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat dari kita. Di Indonesia, zakat harta dikenali sebagai zakat maal.

Zakat harta di Malaysia
Berikut adalah jenis zakat yang ada di Malaysia:
Zakat pendapatan
Zakat wang simpanan
Zakat KWSP
Zakat saham
Zakat emas dan perak
Zakat pelaburan
Zakat perniagaan
Zakat ternakan
Zakat tanaman
Zakat hasil laut

Golongan yang layak menerima zakat
Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan

Rencana Aidilfitri


Hari Raya Aidilfitri
(takbir raya-sound) (e-kad raya)
Amalan pada Hari Raya di Malaysia
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid dengan memuji kebesaran Allah. Tempoh takbir pada Hari Raya ialah terbenam matahari hari terakhir bulan Ramadan sehingga solat sunat Hari Raya pada pagi 1 Syawal.
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol dan kuih raya.
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum hari tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen, rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Di jalan-jalan raya utama dan lebuhraya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Al-Fatihah atau bacaan surah Ya-Sin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang tua kepada kanak-kanak dalam sampul duit yang selalunya berwarna hijau. Pada malam Tujuh Likur, pelita atau lampu minyak tanah akan dinyalakan terutamanya di kampung-kampung. Kadangkala pelita akan digantikan dengan penggunaan lampu elektrik kerana ia lebih bersih dan praktikal, namun keaslian sambutan Hari Raya selalunya akan berkurang dengan penggunaan ini.
Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri dan sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang mulai pulang daripada cuti.

Hari Raya dalam Aspek Sosio-Budaya di Malaysia
Lagu yang dinyanyikan oleh Seniwati Saloma yang berjudul ' Selamat Hari Raya ', Sudirman ' Balik Kampung ', Tan Sri P Ramlee ' Dendang Perantau ' dan Uji Rashid & Hail Amir ' Seloka Hari Raya ' adalah antara lagu-lagu raya yang sangat popular dan sering dimainkan setiap kali menjelangnya Aidilfitri.
' Selamat Hari Raya, Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Maaf Zahir dan Batin ' adalah tagline yang popular untuk ucapan Hari Raya, terutamanya pada kad-kad raya.
Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun Ang Pau. Untuk Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5.
Walaupun tidak menjadi kebiasaan di rumah-rumah, namun hiasan untuk Hari Raya banyak diamalkan di pusat membeli-belah, premis perniagaan, hotel-hotel dan tempat-tempat awam. Simbol yang popular ialah ketupat, pelita, motif ukiran Melayu dan Arab, bulan dan bintang serta masjid. Lampu-lampu hiasan akan dipasang di sepanjang jalan-jalan besar untuk menambahkan lagi kemeriahan suasana sambutan Hari Raya.
Hiasan di rumah-rumah lebih bersifat skala kecil. Untuk yang berkemampuan, perhiasan dalam rumah seperti langsir dan hiasan dalaman akan ditukar dengan yang baru. Namun perkara ini tidak digalakkan kerana akan berlaku pembaziran. Kad-kad raya kiriman kenalan dan saudara mara akan digantung. Ketupat yang dianyam menggunakan bahan-bahan tiruan seperti reben juga semakin popular untuk tujuan hiasan.
Bunga api dan mercun, walaupun diharamkan, tetap kelihatan dan dimainkan terutamanya pada malam sebelum Hari Raya. Mercun dan meriam buluh telah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan Malaysia atas tujuan keselamatan sebelum ini amat popular terutamanya di kalangan kanak-kanak pada malam Tujuh Likur.
Malam Tujuh Likur adalah malam ke-27 bulan Ramadan. Sesetengah orang berpendapat bahawa malam Tujuh Likur adalah tujuh malam sebelum Aidilfitri menjelang. Tujuh malam ini, yang termasuk dalam sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan adalah malam-malam di mana umat Islam digalakkan untuk beribadah dengan lebih tekun kerana salah-satu daripada malam-malam tersebut adalah Lailatul Qadar iaitu malam yang penuh dengan keberkatan.
Rumah terbuka adalah salah satu amalan yang menarik di Malaysia. Rumah terbuka Perdana Menteri dan lain-lain kenamaan adalah tarikan menarik pada Hari Raya. Sepanjang bulan Syawal, rumah terbuka akan diadakan di rumah-rumah dan tempat-tempat seperti dewan dan padang bagi yang mampu untuk menjamu dan mengeratkan silaturahim di antara sanak saudara dan rakan taulan.
Kad-kad Hari Raya adalah bahan yang popular menjelang Lebaran untuk mengirimkan salam kepada sanak saudara dan rakan-rakan. Setiap tahun berjuta-juta kad raya akan dihantar ke seluruh Malaysia, namun jumlah ini semakin berkurangan dengan wujudnya sistem pesanan ringkas (SMS) dan kiriman kad melalui mel elektronik (e-mel). Budaya mengirim kad yang semakin pupus ini sedikit sebanyak telah mengurangkan kemesraan dan nilai sentimental kiriman kad itu sendiri.

Sunday, July 1, 2007

Puisi Untuk Kita..


Banyak orang
bilang CINTA itu indah..

Tapi mengapa selalu banyak pula yang dipertaruhkan..
Hati, perasaan, logika, waktu, atau bahkan mungkin WANG..

Sepi menyelimuti kala ia tak hadir disisi..
Gundah berkecamuk kala ia jauh dari pandangan..
Benci hadir kala ia menjauh..

Begitu mahal harga cinta yang harus dikorbankan.
Sangat sedikit hasil yang didapat..

Sakit, sakit, sakit saat ia mulai berpaling..
Tetapi ketabahan selalu dapat meredam amarah..

Tuhan, jika memang CINTA itu indah..
Berikanlah aku hati yang tulus untuk selalu dapat menerima kekurangan
dan kelebihan CINTA itu..
Biarkan aku hanya menCINTAiMU sampai akhir hayatku..
Jangan biarkan CINTA membuat lupa akan KAU..
Apa sebenarnya makna CINTA?

Tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat bermain


individu
yang menjalin
kasih-sayang
haruslah
sentiasa
menyedari bahawa manusia
yang disayangi mempunyai
pelbagai kebaikan
yang menyenangkan,
tidak ketinggalan kelemahan diri yang harus diatasi..

Assamualaikum w.b.t

Salam perkenalan...saya berbesar hati mempelawa
sesiapa saja untuk mengakses blog ini,
di samping mengwujudkan jaringan perkenalan yang baik.
sebarang komen adalah amat dialu-alukan..

Glitter @ HotFreeLayouts.com

Welcome (selamat datang) to our visitor.

Assalamualaikum w.b.t.

"Allah tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mentadbir (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak pula tidur. Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang ada dihadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi (ilmu dan kekuasaan) Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar"
(Al-Baqarah: 225)


UNTUK AWAK~






Peta Tempat.. cari...