
>Assalamu`alaikum W.b.t
>
>Air Mata Nabi Adam
>
>Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu
>daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak
>mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
>
>Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis
>lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata
>Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih.
>Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata,
>"Sedap sungguh air ini."
>
>Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung
>itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini
>membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah
>menyampaikan wahyu
>yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan
>air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
>
>
>Apa Yang Akan Ditanya:
>
>Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320
>kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa
>nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita
>lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?
>
>Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
>
>Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
>* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
>* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
>* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
>
>Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
>"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di
>dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
>mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
>
>Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang
>sebelum azan.
>
>Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di
>dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
>
>
>Kala Jengking Neraka
>
>Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
>bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
>dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan
>bumi.
>
>Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan
>siapa yang kau cari?
>"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang
>meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
>Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang
>bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum
>arak."
>
>Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi
>pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah .
>
>Wassallam.
>
No comments:
Post a Comment