welcome to our viewers (personafedora.blogspot.com)

Wednesday, September 19, 2007

stress management

Maaf sebab dah lama tak hantar post baru.kepada along(muhd sazali), terima kasih di atas kesabaran anda.anda memang seorang abang yang baik.kerana leka dengan assignment dan lab report yang bertali arus, saya seakan terlupa final exam semakin hampir. jadi, saya gagahkan diri untuk menulis semula nota2 yang tak tersusun dan memeningkan kepala(rasanya hanya saya sahaja yang mampu membacanya,hehe). bercakap mengenai exam, pasti sesiapa saja tak dapat lari daripada stress.tahukah anda, terdapat dua jenis stress, iaitu eustress dan distress.
eustress merupakan stress yang positive dan diperlukan.eustress sebenarnya bertindak memotovasikan pelajar untuk bersedia menghadapi peperiksaan.bahkan eustress juga menyebabkan otak aktif untuk mengingat semula maklumat dan menjawab soalan dalam dewan peperiksaan.
distress pula merujuk kepada tahap stress yang keterlaluan. distress akan menyebabkan memori tersekat dan tidak mampu menjawab soalan dengan baik. kesannya, pelajar kecewa dan mungkin juga sehingga membunuh diri. jangan terkejut pula kalau saya katakan,kes bunuh diri di universiti memang pernah berlaku.
oleh itu, pengurusan stress yang baik amat penting. di bawah ni sengaja saya selitkan beberapa tip pengurusan stress.
1)try menguruskan masa dengan bijak.saya rasa ramai antara kita yang mengalami masalah pengurusan masa, salah seorangnya saya.jadi saya berpegang pada satu prinsip(kalo boleh dikatakan prinsip lah)iaitu discourage procrastination-finish work first, play later!
2)cipta persekitaran belajar yang baik dan selesa.setiap individu mempunyai persekitaran belajar yang bebeza-beza.ada yang suka suasana senyap bagi membolehkan ilmu meresap masuk dengan lancar, tapi ada juga yang tak suka, sebab akan menyebabkan mengantuk yang keterlaluan.saya ada seorang sahabat yang gemar mentelaah pelajaran dalam keadaan yang bersepah. buka ada di mana2, meja belajar yang sebesar katil bujang penuh dengan buku yang berlapis2, belum campur yang di lantai lagi.katanya, senang nak ambil mana2 buku sekiranya diperlukan, kerana boleh dijangkau dengan tangan saja!
3)kenali cara belajar anda.ini penting untuk mengetahui sama ada anda seorang yang visual,kinesthetic atau auditory learner.sebagai contoh, sekiranya anda seorang visual learner, anda akan lebih mudah mengingat fakta melalui gambar.manakala kinesthetic learner lebih suka menulis semasa melakukan penghafalan.
4)last sekali, be well prepared and stay calm(jangan lupa tawakkal).sekiranya anda seorang yang suka belajar last minit, sila pastikan yang anda mampu mengendalikan stress dengan baik.

No comments:


Glitter @ HotFreeLayouts.com

Welcome (selamat datang) to our visitor.

Assalamualaikum w.b.t.

"Allah tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mentadbir (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak pula tidur. Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang ada dihadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi (ilmu dan kekuasaan) Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar"
(Al-Baqarah: 225)


UNTUK AWAK~






Peta Tempat.. cari...