welcome to our viewers (personafedora.blogspot.com)

Thursday, October 4, 2007

pensyarah...anda inspirasi kami!

baru-baru ni satu syarahan umum perlantikan profesor diadakan. kerana ini melibatkan penyelidik daripada pusat pengajian saya, maka kami semua diminta hadir dan kelas sepanjang sesi pagi dibatalkan. ada yang mengambil kesempatan tidur di bilik saje...saya pula?ehm,atas galakkan kawan2 akhirnya saya menapak juga ke Dewan Budaya walaupun lewat sket,hehe.tapi rasanya berbaloi saya batalkan temujanji dengan si katil. nak tau kenapa?berikut adalah isi syarahan umum dua orang lecturer saya yang saya copy paste dari sumber lain. harap anda sabar membacanya.

Buangan Kelapa Sawit Jana Kekayaan Negara

Dua penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) membuat penemuan penting dalam inovasi bahan buangan daripada industri kelapa sawit apabila masing-masing mengumumkan hasil kajian yang dijangka membawa pulangan besar bukan sahaja kepada universiti tetapi negara.Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI) USM, Prof. Rozman Hj. Din yang terkenal menerusi hasil kajiannya yang kini telah dipatenkan iaitu 'Sheet Moulding Compounds Based on Bio-Fibres' dan 'Photofabrication of Bio-fibre Composites' membuat penemuan terbaru dalam bidang komposit lignoselulosa-polimer.Prof. Rozman dalam siri syarahan umum perlantikannya sebagai Profesor berkata, sisa buangan pokok kelapa sawit seperti dari tandan dan batang pokok berpotensi untuk digunakan dalam pelbagai pembangunan produk alternatif seperti perabot, bahan penguat kertas dan makanan.Namun katanya, penemuan yang ingin diketengahkan ialah penggunaan komposit lignoselulosa-polimer sebagai penguat dalam perabt kayu yang terbukti mempunyai banyak kelebihan khususnya dari segi kos dan ketahanan.Jelas beliau, jika menggunakan strategi yang betul, kos menghasilkan barangan tersebut akan menjadi lebih rendah selain tidak merbahaya untuk dikendalikan berbanding lain-lain gentian khasnya kaca dan karbon.``Keistimewaan bahan ini ialah ia merupakan komposit yang jauh lebih bermutu dan bersifat pelbagai, bergantung kepada produk akhir sesuatu bahan yang ingin dihasilkan,'' jelas beliau.Katanya, antara sifat-sifat komposit lignoselulosa-polimer selaku bahan penguat semulajadi ialah ia tegar, boleh lentur, kerintangan kimia dan api serta ketumpatan lebih rendah dan terbiorosot.Kesemua kelebihan itu katanya akan membolehkan industri pembuatan di negara ini mendapat penjimatan berkali-kali ganda daripada menggunakan bahan import atau lain-lain bahan penguat yang bukan bersifat semulajadi.Prof. Rozman turut berkata, beliau selaku pakar penyelidik yang mahir dalam bidang tersebut telah melalui pelbagai peringkat penyelidikan dan sehingga kini hasil kajinnya itu sedang dalam proses pra-pengkomersialan.``Kita sudah menerima geran di bawah Techno Fund untuk menghasilkan prototaip komposit meja kopi dan dijangka produk ini akan mengambil masa dua tahun untuk proses penambahbaikan sebelum sedia untuk dikormesialkan secara besar-besaran,'' jelas beliau.Turut sama dalam siri syarahan umum tersebut ialah Prof. Wan Rosli Wan Daud, yang turut mencipta sejarah apabila kepakaran beliau dan beberapa penyeldik lain dari USM berjaya menghasilkan kaedah baru dalam industri perubatan pergigian negara.Katanya, beliau dan sekumpulan pakar juga dari PPTI USM, berjaya menghasilkan implan gigi menggunakan sisa buangan kelapa sawit melalui penghasilan selulosa-asetat sebagai biopolimer yang bertindak selaku pengikat yang kuat dalam bahan perubatan dan pergigian.Beliau berkata, implan gigi yang kini digunakan secara meluas sebagai kaedah rawatan bagi kerosakan gigi secara keseluruhannya diimport dari luar negara dan setiap satu bahan hanya boleh diperoleh pesakit dengan kos yang agak tinggi.``Dengan menggunakan sisa buangan kelapa sawit, kita berjaya dan mampu menghasilkan implan gigi tempatan yang jauh lebih murah dan berkualiti sehingga membolehkan negara mendapat penjimatan berbillion-billion ringgit daripada mengimport bahan itu dari luar,'' jelas beliau.Perkara itu menjadi topik syarahan beliau bertajuk 'Daripada Sisa Buangan Menjadi Emas: Penghasilan Produk Berasaskan Selulosa Daripada Biojisim Kelapa Sawit.Beliau turut berkata, pihaknya baru sahaja mendapat peruntukan untuk kerja-kerja membangunkan projek tersebut dan dijangka hasilnya akan diperoleh menjelang dua tahun akan datang. Dari segi pasaran pula katanya, pihaknya menjangkakan tidak akan menghadapi masalah besar memandangkan semua klinik dan hospital perubatan di negara ini ada menyediakan bahan dan kaedah rawatan implan yang diimport dari luar negara.``Inilah yang dikatakan dariada sisa buangan menjadi emas. Daripada tandan, pelepah dan batang kelapa sawit yang tidak berguna, kita membuat penemuan terbaik iaitu selulosa yang mampu digunakan sebagai bahan pengikat yang berkualiti dan jimat kos,'' jelas beliau.

No comments:


Glitter @ HotFreeLayouts.com

Welcome (selamat datang) to our visitor.

Assalamualaikum w.b.t.

"Allah tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mentadbir (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak pula tidur. Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang ada dihadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi (ilmu dan kekuasaan) Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar"
(Al-Baqarah: 225)


UNTUK AWAK~






Peta Tempat.. cari...