
hari jumaat, 15 februari yang lalu, persatuan mahasiswa islam universiti sains malaysia telah mengadakan minggu penghayatan islam. bahkan sekiranya saya tidak terpaksa menyiapkan lab report yang perlu dihantar esok, pasti saya berkesempatan mengikuti forum hangat mengenai pinjaman PTPTN. ahli panel forum adalah YDP Majlis Perwakilan Pelajar,YDP Persatuan Mahasiswa Islam dan seorang prof yang saya kurang pasti nama beliau. saya perhati, ada yang kurang senang bila mana saya memperkatakan mengenai PMI.saya akui bahang pilihanraya makin terasa, namun bukanlah niat saya untuk mengulas mengenai politik karana saya hanyalah seorang student. minggu penghayatan islam yang dianjurkan, menemukan saya dengan sebuah buku yang cukup istimewa - Life is an Open Secret oleh saudari Zabrina A.Bakar.http://wisdomthruwords.blogspot.com/
buku ni sangat menarik untuk dibaca lebih2 lagi ia menggunakan konsep penceritaan. saya dapati saudari Zabrina seorang yang suka berfikir dan menterjemah sesuatu perkara berlandaskan ayatullah, hadis,kata-kata ulama, tokoh2 dll. terima kasih saudari kerana telah membuka mata kepada banyak perkara dan mendidik saya melihat dari pelbagai dimensi.
No comments:
Post a Comment